Friday, May 11, 2012

Wishlist

by: husna mukhtar at 10:45 AM Links to this post
Assalamualaikum !
Well, hello :)

dah lama tak update blog. I've been too busy with my life recently. too busy with the studies. *sigh*  so there are actually too many things that happen recently. but I will write about the random thing about me. I think. Kalau tak lari tajuk la. InsyaAllah.

belakangan ni, I've live my life well. rasanya. final exam is the turning point for me. I think. I've managed to change some few things in myself. cuba untuk lebih mendisiplinkan diri dalam beberapa perkara. I should keep it as secret, kang ada orang cakap riak pulak kannn. Cuba untuk berubah seriously, bukan sesuatu yang mudah. Susah sebenarnya. Tapi kena try jugak kan ? so, I've been keep telling myself to be a better person with a better attitude towards Allah, parents, friends and others. susah jugak sebenarnya nak disiplin kan diri dengan perubahan baru ni -.-' but I'll try my best ! *gambatte!* so, I will 'nag' about few things hehehe sebab dah lama sangat tak 'beletiaq'.



dua tiga hari ni seriously, I can't really 'tahan nafsu' -.- Pantang nampak benda cute terus nak beli. especially mugs ! *shining bright eyes* I memang tak boleh tahan nafsu bila nampak mug comel-comel. 

lagi satu, seriously tak boleh tahan tengok tudung bawal warna pelangi. rasa macam nak jadi pengumpul tegar. tapi apakan daya, duit yang ada hanyalah mencukupi hanya sebagai pelajar tegar yang pokai -.- kalau ada sekeping RM50 dalam wallet pun dah cukup seronok !  *jogetjoget*

pastu the line dalam wishlist pun continues : 
1. Mug moustache
2. Tudung bawal SEMUA color
3. Hoodie Power Rangers
4. Baju SUPER BANYAK
5. Kereta putih  (?) *sigh*
6. Gitar putih
7. etc etc.

kalau ikutkan dalam wishlist tu memang beribu kot barang yang dikehendaki batin. tapi memandangkan diri ini bukanlah anak datuk ataupun tan sri maka, segala niat itu haruslah dibatalkan *tsk tsk*

untuk merealisasikan impian demi impian itu terpaksa diri ini berjimat cermat. terpaksa duit diserahkan kepada penjaga duit yang amanah supaya duit belanja abah bagi tak digunakan sewenang-wenangnya. takda tips eh untuk berjimat sebab diri ini pun masih belum mampu berjimat *pintal-pintal hujung baju sambil tunduk*

Oleh itu masyarakat Malaysia, kalau ada duit yang lbih maka hulurlah kepada diri ini *sambil tunjuk diri sendiri *. Semoga Malaysia maju jaya ! *tetiba -.- *

Till then, bye.


p/s : suka gambar ni sebab rasa tudung maintain kekeke

Monday, January 9, 2012

Random Entry :)

by: husna mukhtar at 4:02 AM Links to this post
Assalamualakum readers.
I think it will be a short update. Maybe a short one. Maybe.

Dalam hidup ni, tak semua orang baik. Tak semua orang suci mulia bla bla bla. Kadang-kadang even your close one will stab you in the back. Apatah lagi kalau yang memang bertegur-sapa-pun-aku-tak-nak. Mungkin akan tikam kuat lagi kot. Entah. Mungkin je la. Sebab tak pernah pulak rasa kena tikam -.-'


In my life actually, aku dah jumpa macam-macam jenis manusia. Betul la orang cakap; "rambut sama hitam, hati lain-lain." dan sebenarnya aku rasa tak boleh pakai dah verse tu. sekarang ni pun rambut dah tak sama hitam, ada yang merah, hijau, kuning apatah lagi warna pelangi -.- Macam-macam jenis. Cuma kena pandai-pandai sendiri la nak rambut warna apa. Rambut aku natural lagi la. Tak sure pulak hitam ke coklat. Tak kisah pun. 

Dari zaman sekolah sampai la zaman masuk universiti. Dengan macam-macam jenis kawan aku jumpa. Yang makan kawan, yang baik hati, yang penyayang, yang kadang-kadang buat kita sakit hati tapi takla sampai melampau-lampau and last but not least kawan yang depan kita baik-pijak-semut-tak-mati-tapi-belakang-kita-perangai-MashaAllah. 



And for those yang dengar rumours yang perangai aku teruk gila kat UTP ni. Semua tu tak betul. And I dare you, to come live with me for few days agak-agak kalau tak percaya sangat lah kan, tengok sendiri how do I behave, how do I socialise with my friends. Sejahat-jahat aku, tak pernah lagi la sampai 99% of students UTP complains about me. dan aku rasa dorang tak kenal pun aku ni sapa. 

dan untuk yang selalu memburuk-burukkan orang, Allah ja akan balas. I did nothing but pray. bukan nak tunjuk alim, bukan nak tunjuk baik. tapi it's the facts. Memang sedih bila some people do talk behind you, tambah-tambah lagi orang yang cakap-cakap belakang tu kawan kita. Pedih kot. Tapi nevermind lah kot. I don't really mind losing  fake friends  instead of missing my only true friends. I don't mind either if you really don't like me. Jugde me. Talk about me. I don't care as long as Allah know me best. 

Updating facebook status yang berbunyi riak dan takbur, I don't really mean to do that actually. mungkin aku tak sedar tapi rasanya tak lah kot. Sebab takkan lah azam tahun baru 2012 aku yang cakap aku nak kereta myvi merah tu menunjukkan aku riak ? Well, aku tak dapat pun kereta yang aku nak. Nak riak macam mana sedangkan benda tu takda pun kat tangan aku. It's just a wishlist. Wishlist tu apa yang kita nak. Bukan apa yang kita ada. 

si gendut yang bahagia :)
Dan untuk yang mengumpat tu, aku tak umpat korang pun. Aku yakin. Sebab memang aku tak peduli langsung pasal korang-korang yang sama sekolah dengan aku. So, aku harap korang pun takpayah la nak peduli sangat pasal aku sampai aku update status pun nak cakap aku riak. Life aku sebelum masuk Universiti, aku dah lupa. Aku tak ingat langsung sapa korang. So please la jangan kacau hidup aku.  Dan walaupun aku kat UTP ni bertiga dalam batch kita, aku tak pernah anggap aku bersama dorang. Aku sorang-sorang independent dengan kawan-kawan aku. Sikit pun tak kacau sapa-sapa. Takkan dendam sebab aku tak bagi pinjam printer kot kann ? :D


Agak-agak kalau dah 99% budak UTP menyampah dengan aku. Aku rasa aku okay ja kat sini. RAMAI kawan instead of foverer alone. Dan aku ada banyak kerja lagi nak difokuskan dari melayan fitnah-fitnah yang macam ni. Aku ada kawan aku sendiri. Kalau semua orang benci aku tak mungkin la aku ada geng, kawan-kawan yang sentiasa support aku. Be matured. Benci tu nak bawak ke mati ke ? 


Daripada buruk-burukkan orang, better study bagi dapat dean list dulu okay. 


Instead of pinting out fingers, why don't you point it at yourself first.
Ingat, Allah ja yang akan balas setiap perbuatan baik ataupun perbuatan jahat :)


Gambate final exam !


p/s : grammar mungkin tunggang langgang. sorry ! Thanks semua yang support Amirul Afif, Laili, #BEDAH, Iqram ehem sampai post dalam UTP may lah kann :)

Friday, December 16, 2011

Tag.

by: husna mukhtar at 6:34 AM Links to this post
1.Kamu berstatus Single ? In relationships ? Married ? cercite sikit!!! ;)
Alhamdulillah. sudah berkahwin dan mempunyai 9 orang anak -.-' takde la. in relationship je.

2.Anda type yang jalan penuh sopan santun kah?lajukah ?slow macam kura2kah?
Ada tak type jalan macam penguin? Ehem. Next !

3. Cantik.Kenapa sering kali dikaitkan dengan perempuan ,tidak pula dikaitkan dengan lelaki?haha ;)
Lelaki cantik? Bapok la tu -.-'

4. apakah ayat yang anda ingin dengar daripada bf/gf anda?i luv u?i miss u? or i hate u? hihi
"I nak bagi you hadiah DSLR."
ayat keramat ni ! takpayah penat-penat jimat tak makan. dapat sebijik. kan best. dah la makanan cafe UTP mahal -.-'

5. pada waktu petang apakah yang sering anda lakukan? tidur? excersice?
tidur. 

6. suka brand handpon? nokia?samseng  samsung?htc? or etc ??
BlackBerry. sebab boyfriend bagi. benda free memang best.

7.Anda akan berkahwin pada usia anda? explain sikit.... ^-^
25 ke bawah. sebab dah gedik. so kena kahwin cepat-cepat.


8. Anda jenis yang macam mana? pendiam?atau yang banyak cakap?
pendiam. kot.er. 

9.honeymoon! dimanakah?kenapa??
tak fikir lagi. nantila fikir. tak sempat. lepas final nanti fikir lagi sekali.


10. adakah anda seorang peminat novel tegar ?kalau ya...siapakah penulis yang anda minati?
takde la tegar. baca bila habis SPM dulu. sekarang suka baca buku Simple Programming Design 5th Edition by Lesley Anne Robertson. sebab tak pandai-pandai programming. -.- bila nak pandai ni haaaa?


11. Kamu rasa terharu ke geram  bila blog kamu di tag?? hihi ^-^
kenyang. lepas makan nasik tadi. sehari tak makan. lepas ni boleh kurus.


boleh dijumpai di mana-mana kedai makanan berhampiran.

kbye !

Monday, December 12, 2011

cara terbaik menghilangkan demam hikhik

by: husna mukhtar at 5:23 AM Links to this post

hai hampa-hampa (korang dalam loghat kedah) sekalian.

memandangkan sekarang ni aku dihinggapi penyakit pyrexia takpun dikenali demam biasa, so nak bagitau cara-cara nak bagi hilang demam.

1. berehat 
pastikan korang berehat kat tempat yang  peredaran udara dia bagus dan okay. contohnya macam kat luar rumah. udara fresh lagi -.-'

2. minum air
kalau boleh minum air segelen okay. baru cepat sembuh. 

3. makan ubat
ubat tu makan jangan dok overdose. roomate marah satgi.
 
4. makan bubur yang di masak roomate hikhik
tayang muka sakit dan mintak la roomate hampa masakkan. contoh macam roomate aku, kena paksa masak bubur ayam.

5. tidoq dan tak payah p lecture.
ponteng macam aku ponteng hari ni hikhikhik -.-

6. pakai coolfever dari pagi sampai malam. 
lagi afdhal kalau roomate hampa punya coolfever, hampa libas. barang free semua best.
-.-

demam tak demam sama ja -.-'



okay. itu sahaja untuk kali ini. 
majulah sukan untuk negara.



doakan aku sihat.



ayuh demam beramai-ramai supaya final nanti tak demam. kbye !

Friday, June 10, 2011

gua benci tengok orang tak sedar diri

by: husna mukhtar at 9:11 AM Links to this post
p/s : kali ni aku nak try guna gua pulak. feeling gangster jap.

gua cekeding. * ayat sedapkan hati

kadang kadang gua hairan tau. gua selalu nampak perempuan berisi pakai beju kecik. gua tak kisah lu nak pakai apa pun. sebab lu beli guna duit lu jugak. kisah ape gua. 

tapi gua ni perempuan jugak. gua menyampah tengok perempuan pakai baju singkat lepas tu nampak spare tyre. berlapis lapis macam kuih lapis. pakai la baju besar kalau dah sedar badan tu debab. ni nak tangkap feeling slim. adeh sakit mata gua. 

ni memang badan dia macam ni tak boleh nak kutuk la. 

gua tau lu nak feeling badan slim. gua pun kadang kadang macam tu jugak. tapi mak gua tak bagi. gua ada 3 helai baby tee. mak gua cakap baju gua tu baju adik gua yang kecik tu. mak gua siap masukkan baju baby tee gua tu dalam almari adik gua. sob sob kecik hati gua.

gua pakai takpe. sebab gua slim muehehe. gua tak kisah kalau lu slim, lu pakai baju sendat. gua okay je. ni lu debab lu pakai baju sendat nampak lemak berlapis lapis. gua pulak yang rasa segan.

mungkin lu tengah motivate diri lu la kot. gua pun taktau. semoga makin kurus.
gua tak tujukan kepada orang gemuk. gua tujukan kepada orang yang berisi yang suka pakai baju sendat.


sekian sari berita utama dari toronto.

gua rasa macam ramai je nak kutuk gua tulis entry macam ni =.=
sob sob ade orang cakap badan gua macam tin coca cola. 

lepas ni boleh panggil gua TRIM REAPER

Thursday, June 9, 2011

[entry ke 100] siapa cakap cinta muka buku tu bodoh?

by: husna mukhtar at 9:55 AM Links to this post
kita berkenalan hanya dalam laman muka buku,
kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu,
ooooohhh wooo..hatiku rasa sesuatu
dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku,
ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu,
ooohhh..wooo...benarkah rasa itu
bagaimana harus bersua,
ku rasa gementar tetapi bahagia,
Perlukah kita beri peluang pertama,
walaupun kita tak pernah brjumpa
banyak persoalan yg berada dminda,
banyak tanda tanya dan juga kata kerja,
otak kata jangan hati pula kata ya,
hidup tak menentu adakah ini cinta
banyak soalan banyak juga jawapannya,
kata hati dan rasa tak dibiar saja,
setiap yg berlaku ada kebaikannya,
harus pejam mata,
dan cuba apa saja

cinta muka buku : najwa latiff. 



gambar gedik wajib letak. biar market sikit BHAHAHA
hai.
entry kali ni pasal cinta internet.

actually, ramai yang tak percaya dengan cinta internet. kalau aku dulu pun aku langsung tak percaya. bagi aku lelaki dalam social websites ni memang tak boleh percaya. even dulu, aku macam ragu ragu nak approve lelaki yang add aku. 

aku rasa macam dorang kalau jatuh hati, mesti jatuh hati sebab muka perempuan tu lawa. ye la kan, just tengok gambar, dah approach then cakap : " hai si cantik, boleh couple?" what the heck la kan? kenal pun tak, tetiba cakap  nak couple. apa kejadahnya. bodoh itu namanya

dan bagi aku lelaki yang macam tu semua gedik. sebab tu aku geli dengan lelaki yang cakap macam tu. padahal kadang kadang dorang cakap nak berkenalan je. pesimis sungguh orang perempuan ni.

dan aku sendiri tak sangka.

boyfriend aku sekarang ni merupakan cinta-pertama-muka-buku. dah 9 bulan bersama. sepanjang 9 bulan ni, kitorang just baru jumpa sekali :) dan kitorang bukan nya couple sekadar couple. tetapi kitorang couple untuk kahwin. insyaAllah dalam masa 5 hingga 7 tahun lagi kahwin la. kalau ada jodoh.  

bagi aku, cinta internet ni boleh je (lalang betul minah ni. kejap anti kejap support). selagi pasangan korang tak menipu korang la. cemana nak tau dia tak tipu korang?

tips : instinct. muehehe
sebenarnya, aku tak tau. =.= aku main agak agak je kot
aku jatuh hati sebab : 

aku tak sangka dia sanggup menangis untuk aku. sebenarnya, aku tak rasa macam ada lelaki nak menangis untuk aku. kalau ada lagi meh lapor diri, aku nak belanja MCD. aku tak pandang hina lelaki yang menangis. sebab lelaki pun ada perasaan jugak kan? bahkan aku kagum. sebab lelaki tu tak ego untuk tumpahkan air mata kerana aku. aku sendiri pernah tengok abah aku, menangis tengok drama pasal ibu. muehehe. rough kat luar, gentle kat dalam. you rocks dad! *tetiba 

aku ni orang yang kuat naik angin. tapi bila aku dengar suara si dia, aku boleh cool down. aku pun taktau kenapa. dengar dia bagi salam pun aku dah cool. dia sanggup datang jumpa aku seawal 6.30 pagi punya bas. :') sekarang ni stok lelaki macam ni mana nak jumpa lagi weyy? dah tak ramai kot

dalam ramai-ramai orang dia la orang yang paling memahami aku. 

dan dalam kalangan kawan kawan aku, ramai jugak yang couple online. contoh macam lelaki ni, dengan girlfriend dia. ngeh ngeh ngeh. sekarang ni, aku harap korang doakan aku dengan dia bahagia sampai aku mati. 

aku sedih bila aku taip ni. si dia dah pun start simpan duit nak kahwin nanti. kalau bagi aku, umur 18 tak mampu lagi nak berkorban simpan duit untuk orang yang kita sayang. kalau aku, aku rasa aku tak mampu. iye lahh perempuan kan pantang kalau dapat duit lebih sikit. mula la nak habiskan. adeh. tapi sekarang aku pun dah mula belajar berjimat nak kahwinn :p

eh, lelaki bila pakai baju melayu semat gila kot. 

aku harap korang doakan dia selamat, sihat sepanjang 5 minggu dia kat upnm. doakan dia sihat walafiat. 






entry ni untuk kamu <3
terima kasih kerana bersama saya suka duka sepanjang 9 bulan ni.
i love you from the bottom of my heart 
saya rindu awak, balik la cepat 
happy 9th anniversary 

sapa cakap lelaki muka buku tak boleh percaya?

Thursday, May 26, 2011

tudung = syurga. free hair = neraka.

by: husna mukhtar at 4:42 AM Links to this post
assalamualaikum. dah seminggu kot aku tak update. sibuk dengan Minggu Aluan Siswa (UTP).

sekarang ni bukan nak bercakap pasal MAS apa kejadah semua semua tu. tapi satu benda yang aku rasa menarik.

bukan pasal asyraf yang nak jadik aleesya benda alah apa ntah. tapi pasal pakai tudung dan tak pakai tudung. benda ni bagi aku er er tak layak kot aku nak cakap tapi aku nak kongsikan jugak. satu benda yang aku dapat masa MAS. 

setiap kali maghrib, kitorang yang tak boleh bersolat ni akan berkumpul kat masjid lama untuk bacaan al-ma'thurat. yang boleh solat tu kat masjid baru. sementara nak tunggu budak-budak lain habis solat, kitorang akan baca al-ma'thurat dengan ada perbincangan lah kot. kadang-kadang sesi tu jadi sesi gosip. biasa la perempuan har har har =.='

dan dalam banyak-banyak yang kitorang bincangkan contoh macam tips kecantikan, fesyen (?) hantu erk cinta banyak lah kot kitorang sembang-sembang. so aku straight to the point je la.

ada seorang budak ni. free hair. cantik dan ada otak yang bagi aku la brilliant. bagi orang lain aku tak tau lah kan. dia ni rambut karat. aku tak sure la rambut dia tu dia pakai pewarna ke hapa aku tak sure. tu lantak dia lah kan rambut dia

dia cakap :
kadang-kadang orang pandang pelik tau kat orang yang free hair. contohnya orang cakap, DIA TAK PAKAI TUDUNG, DIA TAK TUTUP AURAT, CONFIRM AHLI NERAKA. selalunya orang akan anggap orang yang tak pakai tudung tu macam orang jahat. macam takda iman lah kot. entah. aku pun taktau. 

dan dia cakap :
tak semestinya orang yang tak bertudung tu akan jadi ahli neraka. tak semestinya orang yang tak pakai tudung tu jahat, takda iman, kurang iman. SEBENARNYA, kita ni langsung takda hak nak judge orang berdasarkan appearence dia. sebab iman dia HANYA ALLAH yang tahu. dan bukannya kita. manusia biasa. 

dan tak semestinya orang yang pakai tudung labuh tu akan masuk syurga. semua tu bergantung. aku tak cakap tak pakai tudung tu betul, cuma sekarang ni bagi aku, betul apa yang budak tu cakap. kita sebagai manusia biasa tak boleh nak judge iman orang lain berdasarkan appearence dia. mana tau orang yang free hair tu masuk syurga sebab good deeds dia. macam cerita sorang pelacur yang masuk syurga sebab dia bagi sekor anjing minum air. 

macam tak logik kan?
pelacur = maksiat = banyak dosa. tapi masuk syurga. kenapa dia masuk syurga? sebab dia bagi anjing kehausan minum air. sebab kecik macam tu Allah ampunkan dosa dia dan masukkan dia ke dalam syurga. 

dan dari sorang kakak fasi aku :
dulu dia tu free hair. siap ada bf lagi. pakai tudung pergi sekolah pun serabai-serabai. dia pakai tudung bila dia nak. on off on off la kiranya. dan bila dia masuk utp, dia terpaksa bersama dengan kawan-kawan time sekolah dia dulu yang dia tak sukaaaa sangat sangat sebab dorang tu baik. yes. sebab dorang baik. 

setiap kali dia pakai baju kecik je kawan kawan dia tegur " eh xxx, kenapa yyy (bukan nama sebenar) rasa baju ni macam tak sesuai la dengan xxx. kecik sangat. " so, dia pun mula la pakai tudung dan baju besar sikit sebab meluat dengar kawan-kawan dia membebel. 

then, bila dia balik rumah, mak dia terkejut sebab akak ni pakai tudung labuh. mak akak ni pun free hair jugak. pakcik makcik akak tu pun pandang dia atas bawah atas bawah. ye lah aneh la kan mak free hair tetiba anak pakai tudung labuh.

dan sebenarnya, akak tu berubah sebab kawan-kawan yang baik gilaaa tadi tu. yang asyik tarik dia suruh pakai tudung. dan akak tu sekarang pakai tudung labuh. dan akak tu cakap, semua baju dia yang labuh-labuh tu mak dia yang belikan. walaupun mak dia free hair, mak dia tetap support dia pakai tudung labuh dan baju labuh-labuh.

dan tak perlu nak on off on off apa segala. kalau tak bersedia tak payah pakai. macam akak tu mula-mula free hair. tetiba ja dia pakai tudung labuh. 


kadang-kadang benda yang susah nak dapat tu, orang lebih hargai dari yang senang dapat. macam akak tu la. susah sebenarnya nak tetiba pakai tudung labuh. dari sorang yang free hair tup tup pakai tudung labuh. orang macam whoaaaa biar betul minah ni.

so, apa yang aku nak sentuh kat sini :
NEVER JUDGE A BOOK BY IT'S COVER and never judge the iman based on the appearance. Wallahualam.

ni bukan entry belagak alim ke apa. tapi apa yang budak ni cakap bagi aku betul lah tu. kang korang cakap lak masuk UTP jadi alim =.=' 

Thursday, May 12, 2011

UTP instead of a car

by: husna mukhtar at 5:12 AM Links to this post
wohoo. hey guys.assalamualaikum.
for non-muslim aku rasa good evening lah kot.

bapak lama ah aku tak update. seminggu. padahal dulu masa sekolah berbulan-bulan aku tak update aku tak kisah pulak. aku dah buat hebahan konon-konon nak berhenti berblogging. alasan lapuk dek zaman aku ialah : nak fokus study. padahal masuk uniten first day first sem pun aku dah bosan. so, aku akan update blog aku ni bila aku rasa aku nak la.

so, pasal universiti. aku dapat tawaran IPTS tu tak payah cerita la. malas. surat dorang mak aku buang je. aku dapat UiTM Merbok, Kedah dengan Universiti Teknologi Petronas. bukan calon menunggu ke apa. dapat weh dapat! (sewel) padahal UTP tu IPTS. =.='

aku nak UTP. bapak ah aku memang nak UTP. dari kecik aku disogok dengan nama UTP. so memang masa dapat tawaran aku memang loncat-loncat untuk ke UTP. aku sebenarnya takda la harap sangat nak masuk UTP sebab result SPM aku teruk.

then mak aku suruh aku masuk UiTM. kalau aku masuk UiTM aku dapat kereta sebijik. bapak ah sapa takmau. tapi aku rasa aku tolak kot tawaran mak aku tu sebab :

1. aku memang nak masuk UTP
2. dapat kereta pun kalau tak boleh bawak p kelas buat apa.
3. peluang masuk UTP bkn senang. kena interview bagai ah. sedangkan nak masuk ja pun
4. peluang kerja lebih sikit kot kat UTP sebab 6 bulan praktikal
5. aku nak masuk UTP

erk kesimpulannya aku memang pilih UTP instead of a car. lantak la orang cakap aku sewel ke apa tolak kereta sebijik tapi aku memang prefer masuk UTP sebab aku dah berusaha untuk masuk UTP.


hai sayang!

sabar eh sayang. we'll meet later




so, aku harap korang doakan la aku masuk UTP ni aku boleh la maintain pointer 3.5 keatas sebab aku nak apply scholar. hai hai UTP!


both of us are future engineers! sep sep sikit engineers. sapa lagi engineers sini?

Friday, April 29, 2011

AWESOMENESS : UTP educamp

by: husna mukhtar at 4:23 AM Links to this post
p/s : AWAS. entry yang mungkin teramat membosankan. ini amaran.


for me, educamp interview was such a great moment to be shared. so here is the story.


first.
kitorang dengar taklimat dalam pukul 9 la kot. i was there with my parents and my siblings. pagi-pagi buta tudung buat hal. disaster! and i was like duhh what the hell is going on. kalau aku, tudung tu umpama self-confidence aku. elok tudung bermakna aku akan selesa. alah, sama macam bad hair day cuma in this case we should call it bad tudung day. 


dalam hall, aku duduk sorang-sorang. tension dengan keadaan tudung. semua orang aku marah. feels like warghh tudung aku tak maintain cemana aku nak jumpa interviewers. then, i was poked by my former batchmate and former classmate Hafizal. i sat beside him.


i told him to take care of my bag as i went to the ladies to get ready. perbetul tudung apa segala. then, ada taklamat. dari 800 orang yang dijemput, ada 348 orang je yang hadir. so, ada 3 session instead of 5. hafizal got group A. i am in group B. different groups but yet, still in the same block and same session. cuma group B kena tunggu sekejap la.


by 10.30 group A dengan B naik bus untuk ke block B for the interview. A masuk bilik persediaan dan group B masuk bilik menunggu. kitorang tunggu sekejap dalam pukul 11 kitorang dah masuk bilik persediaan. there were tables labelled with yellow papers. setiap group campur-campur lelaki dan perempuan. sama ada 2 lelaki dan 3 perempuan atau 3 lelaki 2 perempuan.


group aku 3 lelaki 2 perempuan. panel 18. aku number 3. berkenalan apa segala. then kitorang dapat card. pasal TRAFFIC JAM. 5 card yang berbeza dengan tajuk yang sama. kitorang kena fikir, cemana nak solve problem : Traffic Jam dan Health Problems. kinda easy sebab dorang dah bagi recommendation. cuma kalau boleh, pilih sama ada nak bersetuju atau tak dengan recommendations tu takpun come out with a new idea.


masuk bilik persediaan. tunggu sekejap dan dipanggil sorang demi sorang. by panel la. dorang sediakan bilik berlabel number panel. then dorang panggil la first person followed by others. 


nothing much. dorang cuma suruh introduce diri sendiri then dorang cuma tanya setuju tak dengan recommendations. card aku punya recommendations dia suruh bina shopping complex kat kawasan luar bandar dengan perbaiki jalan.


aku setuju dengan perbaiki jalan. mengarut sikit aku cakap kalau turap jalan takda la nak jam. tapi aku tak setuju shopping complex dibina di kawasan luar bandar. sebab nanti kampung pulak jam. so, aku cadangakn shopping complex sediakan parking lot free. 


interviewer tanya, kalau shopping complex dah sediakan parking lot then parking lot tu penuh. cemana nak buat. hai yo. kita bina la lower ground. itu je jawapan aku HAHA. 


aku recommend untuk malaysia jadi macam jepun. ban cars. then wajibkan penduduk guna basikal. interviewer tanya kalau guna basikal, cemana nak bezakan golongan atasan dan golongan bawahan. okay fineee aku blur sekejap then aku bedal : "Kalau orang atasan dorang boleh guna basikal ada battery. LOL!" interviewer pun gelak. lepas aku keluar baru aku sedar. bongok betul jawapan aku HAHAHA


habis panel 18 number 5. we're called again for the group dicussions. masa ni kitorang bincang dan cari SATU SAHAJA RECOMMNDATIONS. hehe dorang guna idea aku untuk banned cars, upgrade public transport untuk jadi HYDO-vehicles OR ELECTRO-vehicles. so, orang akan tertarik nak guna public transport instead of personal cars sebab public transpot dah superb! no more stress sebab traffic jam. no more dirty air. 


dan dorang sebenarnya nak tengok communication skill. korang bedal je idea apa pun. yang mereng macam aku asalkan korang ada pendirian dan korang mampu bercakap. hehehe


habis interview. simple. dan surely, korang memang akan enjoy even masa interview tu HAHA


so, doakan aku dapat la masuk UTP. pleaseeeee



Tuesday, April 26, 2011

Segmen AKU mengenali blogger/kawan...

by: husna mukhtar at 4:07 AM Links to this post
Nama korang beserta dengan umur, status pendidikan, url blog dan nama blog
hai. nama saya Lisa Surihati binti er lupa nama bapak. tu nama glamour je. nama betul-betul glamour di ilhamkan oleh mak bapak aku lah kot rasanya tak pun tok dengan tok wan aku, aku tak pernah tanya la pulak; Nurul Husna binti Mukhtar

saya berumur tiga-belas tahun pada tahun 2006. dan sekarang saya berumur lebih dari umur tiga-belas tahun. saya taknak bagi tahu umur saya. saya nak awak-awak kira sendiri. saya ni awet muda sebab sampai sekarang saya masih digelar kanak-kanak walaupun sudah berusia. har har har

saya bertadika di Tadika KEMAS Taman Pertama depan SMS Pokok Sena. saya kemudiannya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kubor Panjang dan merupakan pelajar gangster di sekolah tersebut. saya kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Sains Pokok Sena, Kedah dalam aliran sains ye kakak-kakak abang-abang yang sebelumnya saya berpindah-randah dari SMK Kubor Panjang ke SMK Agama Sik ke SMK Sultanah Asma dan akhirnya nasib menentukan saya menetap di SMS Pokok Sena. Di SMS Pokok Sena, saya seorang pelajar yang skema-tidak-pernah-melanggar-peraturan.

url blog saya ialah sempena nama terlebih glamour saya : http//nurulhusnamukhtar.blogspot.com/  
dan nama blog saya ialah Nurul Husna Mukhtar
ini adalah kerana saya seorang yang sangat glamour. so kalau saya letak nama saya sendiri senang la peminat saya nak google cari blog saya. sebab blog saya ni sangat famous amous sampaikan ada orang print entry saya bawak pergi sekolah dan sebarkan. nampak kan betapa famousnya saya walaupun saya skema? HAHAHA

Sejak bila korang menceburi dunia blog dan sebab yg menyebabkan korang join dunia blog?
lama dah rasanya tapi saya kan pelajar skema so, saya jarang update blog disebabkan saya kena mengulangkaji pelajaran. saya berblogging kerana saya suka jadi popular.

Apa pengisian di entry yg korang buat di blog korang?
kalau tak salah saya, blog saya tiada pengisian. 

Kongsikan group blogger yg telah korang join dan fan page blog korang kalau korang ada.
aku malas nak join banyak-banyak group serabut otak.

Kongsikan perkara - perkara yg korang rasa menjadi satu perkara yg tidak wajar dilakukan dlm blog korang... cth mcm lagu dgn autoplay ke...
pertamanya, saya benci akan bahasa comel a.k.a bahasa rempit contohnya ittew sukew bacew blog awak. keduanya, saya tak suka orang letak lagu bagai nak rak. tambah-tambah kalau style tetiba bebunyi. saya takda penyakit jantung tapi saya selalu terkejut. jangan la buat saya mati katak okay. dan saya sangat suka blog comel tapi saya taknak blog saya jadi comel. nanti saya tak boleh nak nganjeng.

Korang mahukan blog korang lebih...
banyak orang komen. saya suka komen komen. nampak mesra gitu loh.

Komuniti blogger...
erk? saya tak faham.

Nasihat atau tips-tips yg ingin dikongsi dgn blogger lain...
nasihat saya ialah saya nak korang komen entry aku eh saya. tips pulak, saya nak korang kurangkan la entry SEO, nuffnang apa kebenda tu. saya malas nak baca. eh macam la saya sorang je nak baca.

Apa yg korang mahukan dari sesuatu blog tu supaya korang akan follow mereka?
tak paksa aku follow. memang aku takkan follow. menyampah gitu loh. aku suka blog nganjeng macam blog babad. aku follow la blog macam tu. lagi satu aku suka blog yang kemas dan bernas. aku tak suka blog maki-maki

Pendapat korang tentang blog aku...
okay je kot rasanya. kalau boleh kurangkan entry copy paste ye.


tag :
Azrin botak dan Tiqah Lulu

apa kejadahnya aku cakap saya awak ni =.=' ops lupa saya skema
 

nurul husna mukhtar Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea